SLOGAN

PERAK SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN

staff 2011

Che'EGU Datin The Movie 2011 Slideshow: Guling’s trip from Perak, Malaysia to 12 cities Argentina, Bangkok, Saudi Arabia, Tokyo, Manchester, Liverpool, Johannesburg, Bandung, Islamabad, Norway, Chelsea and Arsenal (near Terre Rouge, Mauritius) was created by TripAdvisor. See another United States slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

Warna-Warni Datin

Datin The Movie Slideshow: JeMaRa’s trip from Kuala Kangsar, Perak, Malaysia to 9 cities Spain and Canary Islands (near Spain, Spain), Germany, Thailand, Portugal, South Africa, Indonesia, Poland, Argentina and Tokyo was created by TripAdvisor. See another Spain slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

test

Sejarah

PERISTIHARAN PENUBUHAN

“ Tidak lama lagi di Bandar Diraja Kuala Kangsar tempat bersemayam Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak ini akan mempunyai sebuah sekolah perempuan Inggeris. Sekolah tersebut diharapkan akan dapat melahirkan ibu-ibu yang berpendidikan. Dengan ibu-ibu yang terpelajar sahaja boleh kita mengharapkan kemajuan-kemajuan akan tercapai seimbang dengan kehendak-kehendak masyarakat yang unggul. Penubuhan sekolah ini menandakan satu perkembangan yang baik bagi penduduk Kuala Kangsar .“

- Petikan ucapan Pengetua Sekolah Inggeris Clifford , Tuan F.H. Jones di Majlis Penyampaian Hadiah Tahunan pada 2 November, 1948.

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH PEREMPUAN METHODIST

Konsep ‘Murid–murid perempuan berpelajaran Inggeris untuk Kuala Kangsar’ adalah dicadangkan oleh Tuan E.C. Hicks, yang pada ketika itu menjadi Nazir Kanan Sekolah-sekolah Perak. Beliau telah menyedari betapa pentingnya mengatasi masalah tempat belajar murid-murid perempuan yang selama ini berada di Sekolah Inggeris Clifford, selama 40 tahun.

Beliau telah menghubungi Misi Methodist, mendesak badan itu membuka sebuah sekolah untuk murid-murid perempuan di daerah ini. Hasilnya pada 10 Januari, 1949, sekolah tersebut telah dibuka sebagai sekolah yang menerima bantuan kerajaan lalu dinamakan Sekolah Perempuan Methodist Kuala Kangsar.

PERALIHAN DARI MISI METHODIST KEPADA SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN

Sebuah bangunan bersejarah kepunyaan Almarhum Y.A.M. Sir Raja Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah beralamat di No.10, Jalan Raja Chulan, Kuala Kangsar telah disewa bagi menempatkan sekolah ini. Dengan persetujuan bersama antara Tuan E.C. Hicks dan Setiausaha Pelajaran Misi Methodist, mereka telah bersetuju melantik Puan N.C. Patridge menjadi guru besar di sekolah ini. Beliau ketika itu bertugas di Sekolah Anglo-Chinese Telok Intan.
Sekolah ini telah menerima seramai 190 orang murid dengan 5 orang guru sebagai tenaga pengajar. Selepas itu seramai 130 orang murid dari Sekolah Inggeris Clifford [murid darjah 5 ke bawah] telah dipindahkan ke sekolah ini. Sekolah ini dimulakan hanya dengan 9 bilik darjah termasuk Special Malay Class [Darjah 1 dan darjah 2]. Penuntut untuk Special Malay Class ini dipilih sendiri oleh Tuan E.C. Hicks daripada sekolah-sekolah Melayu.
Setelah hampir sembilan tahun berlalu, tercetus idea bagi menubuhkan sebuah sekolah mempunyai dua bahagian iaitu rendah dan menengah. Dengan ini tertubuhlah sekolah yang dinamakan Government English Girls School.

GOVERNMENT ENGLISH GIRLS SCHOOL

Pada tahun 1958, sekolah ini telah dipecahkan kepada dua bahagian iaitu rendah dan menengah. Oleh kerana kekurangan tempat belajar, kerajaan telah membina sebuah bangunan sementara yang mengandungi 5 buah bilik darjah di Kampong Basong pada tahun 1959. Pn N.C. Patridge masih menjadi guru besar kedua-dua bahagian ini sehingga tahun 1961.
Pada bulan Januari 1962, Puan E. Nicholas telah dilantik menjadi guru besar di sekolah rendah yang dinamakan Goverment English Girls School [Primary]. Pada masa itu sekolah ini mempunyai 14 buah bilik darjah dan muridnya seramai 845 orang yang ditempatkan ke dalam 19 buah kelas.
Murid-murid ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Bilangan guru pada masa itu hanyalah seramai 22 orang yang terdiri daripada 15 orang guru terlatih dan 7 orang guru tidak terlatih. Mulai tahun 1963 hingga tahun 1965, jumlah bilik darjah telah ditambahkan menjadi 18 buah bilik kesemuanya. Di samping itu, kemudahan lain seperti tandas, stor, pejabat , perpustakaan , bilik sembahyang , bilik muzik dan sebuah klinik pergigian telah diwujudkan.

SEKOLAH KEBANGSAAN DATIN KHADIJAH [RENDAH]

Puan E. Nicholas telah berkhidmat sebagi guru besar di sekolah ini sehingga tahun 1969. Bilangan murid pada ketika itu seramai 1 575 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu orang Melayu, India dan Cina. Pada bulan Oktober 1969, Puan J.C. Loh telah dilantik oleh kerajaan menjadi guru besar kedua
di sekolah ini.
Ahli Lembaga Pengurus sekolah ini pada masa itu ialah Dato Mohd Hashim Orang Kaya-kaya Setia Bijaya Diraja , S.P.M.P, P.M.P., P.J.K., telah mencadangkan supaya nama sekolah ditukarkan kepada nama Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah [Rendah] . Ini sempena nama Datin Khadijah binti Abdul Aziz, A.M.N., P.M.P., P.J.K., seorang tokoh kebajikan masyarakat yang terkenal dan juga seorang yang sentiasa berdamping rapat dengan sekolah ini. Cadangan ini telah disokong oleh Encik V. Nadason dan dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Jawatankuasa Sekolah.
Dari masa ke semasa bilangan murid sekolah ini semakin bertambah dan taraf sekolah yang disebut ‘large’ telah bertukar menjadi ‘very large’. Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan asasnya.
Sekolah ini juga menyediakan kemudahan persekolahan bagi murid yang kurang upaya yang dikenali dengan Kelas Khas Cacat Pendengaran dan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran. Kini pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan seperti makmal komputer, bilik multimedia, bengkel kemahiran hidup , makmal sains, pusat sumber dan sebagainya. Pada tahun 2000 , pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan tiga tingkat bagi menggantikan bangunan lama yang telah usang.

Rangkuman Aktiviti Kokurikulum 2011

Majlis Persaraan Pn Hjh Salamiah Bt Jaafar

Majlis Persaraan pn Hjh Salamiah Slideshow: Robin’s trip to Kuala Kangsar, Perak, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Kuala Kangsar slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

Jamuan Akhir Tahun

Warna-warni Hari Guru 2010