Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Syukur Alhamdulillah dan pada kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kerana telah diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit HEM Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah atas usaha murni serta kerjasama jitu yang telah diberikan sehinggakan setiap Program HEM yang telah dirancang dapat berjalan dengan baik dan lancar.
Penolong Kanan HEM bertanggungjawab kepada Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran. Mengajar sebilangan waktu,membantu guru dan guru besar menyelia dan menilai aktiviti hal-hal kaunseling,keselamatan dan kebajikan murid,buku teks,kesihatan,kantin,biasiswa dan bantuan,sistem maklumat murid,disiplin murid,program anti dadah,RIMUP dan pengawas serta membantu guru besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
Wan Jamilah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid